Tuesday, 1 March 2011

Gambar lama Masjidil Haram & Kaabah

Assalamualaikum W.B.T,
haa,kali ni kami nk share sikit dgn kalian gambar2 lama kota Makkah.
tibe2 tergerak pulak hati nk bukak gambar2 lama Kota Suci Umat Islam
iaitu Ka'abah yg terletak di Makkah. :)

Kalau kite tgk gambar2 kt bawah ni,
mmg ketara la perbezaan Makkah dulu & sekarang.

So,jom kita same2 tgk gambar2 ni,

Ka'abah sekitar tahun 50-an..


memang nampak sgt bezanye Ka'abah skrg dan dulu..

Ka'abah pon pnh dilanda banjir dulu..




siap boleh berenang lagi time banjir masa tu..

ni Makkah masa tahun 1880 M bersamaan 1297 H..







susahnye orang dulu nak lakukan ibadah haji..






Makam Ibrahim, makam Nabi Ibrahim a.s ni bukanlah kubur Nabi Ibrahim sebenarnya
tapi tapak kaki baginda.

Telaga Zam-zam


Inilah Masjidil Haram sekarang, alangkah bangganya Habibullah Sidna Mustofa melihat begitu ramai umatnya di dunia, dan terlebih bangganya baginda nanti di akhirat kelak bila semua umat berhimpun di padang mashar, kita amat bertuah menjadi umat baginda...
Segala puji bagiMu Ya Robb.


adab-adab di Masjid

 
BERANGKAT KE MASJID
1. Mulai dengan kaki kanan.
2. Berjalan dengan tenang dan tidak tergesa-gesa. Doa Nabi ketika dalam perjalanan menuju Masjid: "Ya Allah jadikanlah dalam hatiku cahaya dan lidahku cahaya dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya dan penglihatanku cahaya dan jadikanlah di belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan di bawahku cahaya, Ya Allah berikanlah kepadaku cahaya"
 
ADAB MASUK KE MASJID
1. Membuka kasut dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan. Ketika masuk masjid, Rasululah mengajar kita membaca doa " Ya Allah, bukakanlah untukku pintu RahmatMu"
2. Memberi salam kepada sesiapa yang berada didalam masjid, sekira tiada oarang dalam masjid tersebut maka ucapkanlah: " Selamat ke atas kami dan atas hamba Allah yang solih"
3. Mengerjakan solat sunnah Tahiyatul Masjid ( Menghormati Masjid )
 
 


ADAB DALAM MASJID
1. Duduk menghadap Qiblat.
2. Memohon doa supaya Allah membuka pintu rahmatNya.
3. Sentiasa menyebut nama Allah.
4. Menghentikan percakapan tentang hal-hal dunia.
5. Jauhi dari menghina Islam.
6. Berzikir dengan suara perlahan.
 
ADAB KETIKA MENDENGAR AZAN
1. Berdiam diri.
2. Menjawab seruan Azan.
3. Berdoa setelah selesai Azan.
4. Ditambah dengan doa permohonan kerana doa antara Azan dan Iqamah di maqbulkan.
5. Kerjakan solat sunat Rawatib.
 
ADAB KELUAR MASJID
1. Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat selama di luar.
2. Berniat untuk datang kembali.
3. Mendahulukan kaki kiri sambil berdoa: "Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasaanNya yang qadim dari syaitan yang terkutuk".
4. Memberi salam kepada orang yang masih tinggal di masjid.
 
MASJID PALING MULIA DALAM ISLAM
Masjid paling mulia di sisi Allah di dalam Islam ialah Masjid Al-Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Sabda Rasullullah s.a.w :

" Sebaik-baik kamu hendak musafir ialah ke masjidku ini ( Masjid Madinah ), Masjid Al-Haram ( Mekah ) dan masjid Al-Aqsa ( Baitul Maqdis ) "

Saturday, 26 February 2011

keajaiban azan :)

assalamualaikum,
 hari nie kami nk share satu daripada keajaiban Allah. 
mungkin ramai yang da tahu, mungkin jgk ade yg 
x tahu lagi pasal nie. x pe, sekadar nk berkongsi ilmu yg ade :D 
enjoy this video. 
:)


haa, da tgk tak? hebat kan ciptaan Allah? 
dekat sini Allah yg ingatkan kita tentang kekuasaanNya 
dan tentang kewujudanNya. subhanallah :D 
mungkin kite boleh tunjuk video nie kat bukan orang islam.
kita boleh tunjukkan kat mereka yg islam tu indah. 
sapa tau, melalui azan, seseorang boleh mendapat hidayah, 
cam dalam video nie 



see :) orang bukan islam sendiri mengakui azan tu indah :) 
kami harap, dengan menyaksikan kekuasaan Allah nie, 
iman dan taqwa kita semua akan bertambah kepadaNya.


renung²kan dan selamat beramal :DD 

Tuesday, 22 February 2011

doa masuk dan keluar masjid

Apabila sampai di pintu masjid, bacalah :




Ertinya : Aku berlindung kepada Allah, Tuhan yang Maha Agung dengan zatNya yang mulia dan kekuasaanNya yang azali, daripada syaitan yang direjam. Segala puji bagi Allah. Ya Allah! Cucurilah selawat dan salamMu ke atas Nabi Muhammad, dan ke atas keluarga Nabi Muhammad. Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu, dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu rezekiMu.




Kemudian masuk melangkah ke masjid dengan kaki kanan dahulu dan bacalah 'Bismillah!'
Apabila keluar dari masjid, dahulukanlah kaki kiri sambil membaca :






Ertinya : Aku berlindung kepada Allah, Tuhan yang Maha Agung, dengan zatNya yang mulia, dan kekuasaanNya yang azali, daripada syaitan yang direjam. Segala puji bagi Allah. Ya Allah, cucurilah selawat dan salamMu atas (Nabi) Muhammad, dan ke atas keluarga Nabi Muhammad. Ya Allah! Ampunilah segala dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rezekiMu, lindungilah aku daripada syaitan dan askar-askarnya.